ada berani? ada berani? ADA BERANII!!!

baca Mahasiswa Kepung Khalid Nordin di UKM

Kita memang takleh takutkan diorang ke? bagi diorang cuak sikit pun memang takleh ke? memang kita ja yang kena cuak, kena cuak, kena ditakutkan mereka?memang kita akan selalu kena buli ke?memang kita takleh buli balik ke? Choi, kita lagi teruk dari afdlin syauqi.

mereka manusia juga.serupa macam kita. so why, we must scare with them? sesekali kita buat salah, mereka hukum kita, sesekali kita buat silap dalam exam, mereka tuding, mereka kata kita lemah, jadi, apabila mereka melakuakn jenayah ilmu, tidak bagi kebebsan intelek pada mahasiswa, kita nak biar saja?

 

auku_smallHmm.. PRK sudah menejlang tiba.Apa kata Kami buat sket pembagaharuan.Buat tajdid seperti Asri Zainul Abidin.Kami mahu melompat ke luar sket.ngak mahu asyik cakap pasal us.kHairy sahaja.mahu juga, berahi juga mahu cakap pasal perjalanan KUIS selaku pemain industri pendidikan negeri Selangor.

Untuk PRK akan datang, seperti yang Kami dengar-dengar dari mulut orang-orang yang Kami respek, apa kata jika kita buat debate?debate antara mahasiswa pro Islam dengan mahasiswa yang poyo mahu jadi perwakilan?amacam berani tak us.khairy?

Haha.kita bukan bodoh macam umno ntuk buat debate ikut dan.kita buat debate ni sebab kita mahu tengok apa yang ada di dalam kepala yang mahu bertanding tuh?kalau dia mahaiswa pro Islam, apa yang dia boleh cakap tentang Islam?untuk mahahsiswa yang poyo atau menurut badr, mahasewel, apa yang ada di dalam kepala dia untuk ungkapkan kepada mahaisiwa?

come-on beb.kita mahu tengok juga, mahasiswa kuis ni ada something behind.nah, andai us,khairy dan halim tak bagi, mahu kita surrender dari buat debate?oh no man, kia akan buat debate jalanan. nah, mari pakat semua, singsing lengan dan acarakan debate on the road, debate street, r u dare?

 

mahasiswa-vs-militerbaca ni

Tribulasi atau mehnah yang hebat itu menyebabkan pelajar terutamanya ahli Kelab Sosialis telah merampas kuasa dengan mengambil alih pentadbiran Universiti Malaya pada 21 September 1974. Presiden PMUM, Kamarazaman Yaakob bersama 2000 orang pelajar menyerbu bangunan Canselori, pintu masuk universiti dan tempat strategik yang lain.[26] PMUM telah berbincang dengan Pemangku Naib Canselor, Ahmad Ibrahim dan Pengerusi Majlis Universiti, Syed Alwi Syed al Hadi[27] agar menyerahkan kuasa pentadbiran sementara kepada PMUM. Rampasan kuasa pelajar ini mendapat sokongan daripada pertubuhan pelajar iaitu KSITM dan wakil ITK.[28]

Tindakan rampasan kuasa pada jam 2.30 petang dilakukan setelah PMUM mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jawatan Kuasa Asrama dan badan gabungan PMUM. PBMUM dan PMIUM turut serta dalam mesyuarat itu tetapi menarik diri setelah mesyuarat tersebut bersetuju membentuk Majlis Tertinggi Sementara(MTS) PMUM. Setelah berjaya merampas kuasa, mereka bercadang mengadakan majlis penerangan pada malam itu di Dewan Tunku Canselor(DTC).

Ke takut?

Baca lagi

Pada malam itu, kegemparan berlaku apabila pihak yang mengelarkan diri mereka, Majlis Tindakan Nasional(MTN) melakukan counter rampasan. Rampasan kuasa MTS hanya mampu bertahan selama 12 jam setelah digagalkan oleh MTN.[29] MTN didokongi oleh golongan Nasionalis mengadakan perjumpaan di Dataran Sastera, Fakulti Sastera bersetuju menubuhkan MTN bagi mengagalkan usaha MTS. MTN berjaya melakukan counter-rampasan pada jam 8.00 malam[30] bagi membolehkan Universiti Malaya dibuka pada esoknya. MTN membahagikan tiga ketumbukan yang mempunyai objektif merampas kuasa daripada golongan Sosialis sebelum jam 9.00 malam. Pada jam 8.45 malam, ketumbukan MTN menawan rumah persatuan dan pusat keselamatan. Ketumbukan lain menawan pintu masuk universiti.[31]

Apa kata kita tebang sebatang pokok? tak kisahkah lah pokok apa pun, janji pokok tu besar, agam dan mudah dilihat walau 30 meter jauhnya.

tujuannya?

ah, tentu sekali ada tujuannya, baca ni,

Anak-anakku semua!!! Boktikanlah kepada mereka pemuka negara yang dzolim itu, tebanglah sebatang pokok nyior – kelapa yang ada dikampus Universiti Malaya, ambillah batang kelapa tersebut, usonglah anda bermuafakat berjumaah dan letakkanlah dihadapan Pejabat PM di Putrajaya sana, Inshaallah pasti mereka lanun-lanun di Putrajaya akan gerun dan menghurmati anda semua diatas kesatuan dan perjuangan yang dijunjung di kilik bersama, Inshaallah. Bersamalah dengan ayahnda mendapat minda purba dari orang tuan di blog Ibn Abdullah Awab.

Kita mahu us.khairy dan us. halim terkejut dan sedikit gelabah. itu saja. kita yang pasti, dengan izin Allah takkan pecahkan kaca tingkap dia, atau bocorkan angin tayar kereta dia. kita mahu tunjuk suara kita jangan tidak didengar pulak. yeah!masa untuk berjuang!

“Al-Banna, Gandhi, Malcolm-X ditembak mati. Syed Qutb dipenjara, mati di tali gantung dan Jamaludin al-Afghani merempat dibuang negara. Setakat dua, tiga tahun bertembung dengan Us. Khairi dan Halim tu, perjuangan apalah sangat!”

Kelakar bukan kita ni? Tertakut, takut. Entah apalah yang nak ditakutkan. Macam kura-kura yang takut sua kepala. Ataupun beginilah, kita berlawan dengan nada takut boleh? Sebarkan poster, risalah, any article, blogs, forum, ym, dengan senyap-sunyi, boleh gitu?

Takut lagi? Atau maseh rela memberatkan punggung mau senang lenang saja? Bangunlah, cukup-cukuplah tidur. Umat perlukan kita.

Berani berjuang, berani berkorban! Klik sini.

Mahasiswi Revolusi.

Okey, ramadan sudah kami tangisi pemergiannya.kami mohon pada Tuhan agar kami diberi kesemp[atan lagi ntuk bertemu Ramadan yang mulia di 1430 H, insya-Allah. namun kami berharap kami tak moh dah jumpa duo ustaz dari jawa tuh, mohon sangat kami tak berjumpa dengan mereka ramadan depan di Kuis.

KAmi ada beberapa ajk sahaja untuk kuiskami.wordpress nih.maka jangan marahla kalau x dapat update untuk setiap hari.tapi kami alu-alukan juga kepada sesiapa marga kuis yang mahu terlibat untuk mengkickkan ustazani tu dari bumi kuis, tak kisaghlah kalau makcik cleaner pun mau turun sekaki.

asal sahaja makcik cleaner itu ada kena mengena dengan kuis, kami tak kisah. dan apabila makcik cleaner telah berada dalam front kami, kami akan menibai agak deras kepada puak-puak (Bukan puaka lagi) yang kata mereka adalah intelektual (kununnya) yang tidak mahu turut serta.

kami fikir kerja ni berpahala apa, menumbangkan dua diktator besar. bukankah itu yang kita mahu?kuis bebas dari ketakutan-ketakutan yang tak patut ada pada intelek, mahasiswa kuis bebas bercakap pasal kenegaraan waktu minum milo ais dan horlick panas di kafe sarah?

tanpa perlu takut pada SB, kami fikir kita semua kena begerak meski berstandard slow termasuk para pensyarah dan staff2 also. jika bukan sekrang, bila lagi kita mahu menyumbang? dulu kita kata mau mengaji, sekarang la ,masanya menyumbangkan sesuatu untuk ummat kuis.

Saya mahu menderaskan lagi ibadat saya dalam bulan Ramadan ini. Dalam masa yang sama tetap menghasilkan penentangan-penentangan (Meski berstandard slow.) kepada Us. Halim dan Us. Khairy. Saya tidak akan jawab sekarang segala macam kata-kata berbentuk komentar. (Lepas raya mungkin.)

Cuma saya mahu berkata, apa ertinya seorang itu bernama mahasiswi/a? Sekadar bercintan-cintun? Sekadar menyiapkan assignment? Setakat studi waktu malam exam?

Baca sini.

Ketahuilah oleh kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu semua, kita adalah satu watak yang diberi nafas bergerak bukan untuk kepentingan sesiapa. Kita bergerak tanpa membawa kepentingan perut peribadi. Kita bergerak, kerana kita sedar dan faham, man lam yahtam bi amril muslimin falaisa minhum!!

Hah, di saat dunia ini penuh kepincangan, saya menyeru dengan lebih khusus, apabila kita tidak bersikap peduli terhadap kediktatorisma dalam KUIS, kita mahu peduli tentang apa? Tentang nikah/couple sahajakah? Bangun mahasiswaku!