Uncategorized


Okey, ramadan sudah kami tangisi pemergiannya.kami mohon pada Tuhan agar kami diberi kesemp[atan lagi ntuk bertemu Ramadan yang mulia di 1430 H, insya-Allah. namun kami berharap kami tak moh dah jumpa duo ustaz dari jawa tuh, mohon sangat kami tak berjumpa dengan mereka ramadan depan di Kuis.

KAmi ada beberapa ajk sahaja untuk kuiskami.wordpress nih.maka jangan marahla kalau x dapat update untuk setiap hari.tapi kami alu-alukan juga kepada sesiapa marga kuis yang mahu terlibat untuk mengkickkan ustazani tu dari bumi kuis, tak kisaghlah kalau makcik cleaner pun mau turun sekaki.

asal sahaja makcik cleaner itu ada kena mengena dengan kuis, kami tak kisah. dan apabila makcik cleaner telah berada dalam front kami, kami akan menibai agak deras kepada puak-puak (Bukan puaka lagi) yang kata mereka adalah intelektual (kununnya) yang tidak mahu turut serta.

kami fikir kerja ni berpahala apa, menumbangkan dua diktator besar. bukankah itu yang kita mahu?kuis bebas dari ketakutan-ketakutan yang tak patut ada pada intelek, mahasiswa kuis bebas bercakap pasal kenegaraan waktu minum milo ais dan horlick panas di kafe sarah?

tanpa perlu takut pada SB, kami fikir kita semua kena begerak meski berstandard slow termasuk para pensyarah dan staff2 also. jika bukan sekrang, bila lagi kita mahu menyumbang? dulu kita kata mau mengaji, sekarang la ,masanya menyumbangkan sesuatu untuk ummat kuis.

Saya mahu menderaskan lagi ibadat saya dalam bulan Ramadan ini. Dalam masa yang sama tetap menghasilkan penentangan-penentangan (Meski berstandard slow.) kepada Us. Halim dan Us. Khairy. Saya tidak akan jawab sekarang segala macam kata-kata berbentuk komentar. (Lepas raya mungkin.)

Cuma saya mahu berkata, apa ertinya seorang itu bernama mahasiswi/a? Sekadar bercintan-cintun? Sekadar menyiapkan assignment? Setakat studi waktu malam exam?

Baca sini.

Ketahuilah oleh kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu semua, kita adalah satu watak yang diberi nafas bergerak bukan untuk kepentingan sesiapa. Kita bergerak tanpa membawa kepentingan perut peribadi. Kita bergerak, kerana kita sedar dan faham, man lam yahtam bi amril muslimin falaisa minhum!!

Hah, di saat dunia ini penuh kepincangan, saya menyeru dengan lebih khusus, apabila kita tidak bersikap peduli terhadap kediktatorisma dalam KUIS, kita mahu peduli tentang apa? Tentang nikah/couple sahajakah? Bangun mahasiswaku!

Beta.

Banyak kritik yang Beta dan Mahasiswi Revolusi terima. Beta tak mahu jawab lagi. X tahulah kalau Mahasiswi Revolusi mahu menjawabnya sesegera yang mungkin. Beta cuma mahu menggagaskan tentang keperluan menengok balik sirah Nabi S.A.W.

Salman alFarisi mencadangkan pembuatan khandaq untuk Perang Ahzab. Mereka membuat khandaq itu di dalam Ramadan Kareem. Khandaq itu lebarnya tidak membenarkan kuda perang musuh menyeberang. Dan dalamnya pula adalah kuda perang musuh jika terjatuh ke dalam khandaq tidak boleh naik ke atas semula.

Apa yang Beta mahu sampai di sini?

Beta berharap Ramadan Kareem ini adalah markas (Bukan lagi universiti.) untuk menjatuhkan Ustaz Halim dan Khairy (Bukan Khairy Jamaludin). Kita bergerak menghimpun segala macam idea dan langkah untuk menumbangkan Ustaz Khairy dan Halim. Sesiapa yang ada idea, diminta bertindak!!

Laman Berikutnya »